May 12, 2005 Sebelum Keindahan Itu Berakhir.
Kita semua dihidupkan untuk belajar, berkongsi, mengasihi, menghargai dan mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. Tiada siapa diantara kita yang tahu bila kehidupan yang indah ini akan berakhir, ia boleh berakhir pada bila-bila masa sahaja dalam sekelip mata. Barangkali inilah cara tuhan memberitahu kita bahawa setiap detik yang kita lalui ini amat berharga."
Guru kami itu terdiam lagi. Saya lihat beberapa titis air mengalir, lalu jatuh keguguran apabila dia berkata, "Jadi, saya mahu kamu semua berjanji kepada saya satu perkara, melalui saat ini, ketika kamu dalam perjalan ke sekolah atau ketika kamu dalam perjalan balik, carilah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan dihargai, ia tidak semestinya sesuatu yang kamu lihat, boleh jadi yang kamu hidu, misalan bau roti atau bau masakan dari rumah seseorang yang kamu lintasi. Atau bunyi kicauan burung dan desiran angin, atau mungkin juga sinar matahari pagi dan daun daun kering yang gugur melatari tanah yang kamu lalui. Lihatlah benda benda itu dan nikmati keindahannya. Kerana ia adalah sebahagian daripada hidup kita yang tuhan jadikan untuk kita nikmati keindahannya.
Sayangnya benda benda yang indah itu selalu kita abaikan. Kita tidak menghayatinya. Anggaplah bahawa menikmati keindahan yang kecil itu sebagai satu kemestian, sesuatu yang wajib dilakukan, sebab pada bila bila masa sahaja ia boleh diambil kembali. dan apabila ia diambil kembali oleh Yang Maha Esa, pada ketika itu barulah kita sedar bahawa segalanye telah berakhir, kita tidak dapat menikmatinya lagi."
Selepas berkata demikian, guru kami itu terus mengangkat barang barang nya dan meninggalkan kelas. Kami tahu, guru kami itu masih bersedih dengan kematian suaminya seminggu lalu. Kami semua terdiam, kemudian mengangkat buku masing masing, hari itu saya melihat begitu banyak benda yang indah disepanjang jalan pulang kerumah, jauh lebih banyak dari apa yang saya lihat sepanjang tahun itu. Sudah lebih 15 tahun peristiwa itu berlalu, tetapi sehingga kini saya sering teringat guru kami itu serta pesanannya kepada kami. Saya cuba untuk menghargai segala keindahan yang tuhan berikan dalam hidup kita ini yang dahulunya sering kita abaikan.
Cubalah perhatikan sekitar, disekeliling kita ini penuh dengan keindahan, berjalan tanpa kasut, atau berjalan ditepian pantai ketika matahari terbenam, atau duduk sendirian dimalam hari sambil memandang kedada langit yang dihiasi kerlipan bintang. Mungkin sesekali kita perlu biarkan anak anak bermain ditengah hujan lebat, atau kita nikmati secawan aiskrim ketika kita sedang letih. Mungkin juga kita perlu hulurkan sebahagian daripada apa yang kita ada untuk simiskin, supaya kita dapat lihat cantiknya senyuman mereka. Atau curahkan kasih sayang kepada yang melarat, agar dapat kita lihat indahnya makna keikhlasan.
Kerana apabila usia kita meningkat, sebenarnya kita tidak akan kesal kepada perkara perkara yang telah kita lakukan, tetapi yang akan kita kesalkan, ialah perkara perkara yang tidak kita lakukan.
"Hamba Allah, Mustika"   Oct 7, 2009 09.10.03 Gunung Tahan Xpress 249 Photos, 56 comments
09.07.00 Konvoi Karat 33 Photos, 13 comments
09.09.26 Trans Gunung Nuang to Janda Baik - Daypack 53 Photos, 22 comments
|
  |
 |
litau wrote on Jun 23, '10 |
 | salam jumaat......... dari kolumpo. |
 | salam dan selamat pagi Khamis..apa khabar!salam hangat dari Singapura... |
 | eppi beffday in advance fren ; ) many2 hepi returns insha'Allah,, |
 |
atok2 wrote on Sep 29, '08 |
 | Wa'alaikumussalam wbt. salam kenal |
 | Assalamualaikum.... salam kontek kenal....
|
 | Baju Bekelah Waterfall Karat Adventure available...... mai la beli..
Lusuh ... aku try ingat balik |
|
lusuh wrote on May 18, '08 ijam..kau ingat den tak...berkelah |
 | mekasih2.. mekasih gak pada korang dan geng2 yang sudi datang ke melaka & yang sampai tesesat2 ke rumah aku kat saujana putra tu.. haha.. dan x lupe ngan yang sampaikan ucapan korang. mekasih memeriahkan majllis kami. salam sejahtera semua. |
 |
libau wrote on Dec 31, '07 selamat pengantin br abg ijam... moga bahagia ke ank cucu...huhuhu |
 | Selamat Pengantin Baru Ijam. Tahniah |
 | selamat pengantin baru.. tahniah diucapkan |
 | uikss.. hepi belated besday ijam... moga pjg umo, murah rezeki n bahagia selalu... :D
|
 | tengkiu... ko tinggal selangor ke? satu selangor dapat dapat cuti... |
 |
libau wrote on Dec 10, '07 abg ijam... hapy bestday....huhu. |
 | aiiyak.... seminggu sebelum menunaikan ibadah pose :-)
jom brot! |
 |
zifal wrote on Aug 11, '07 bila mau pi bekelah lagi... seblum puasa? |
 |
qurni wrote on Jul 30, '07 ijam, gambar berkelah dh upload.... |
 |  |  |
| |